~usul PEMALSUAN KAD PENGENALAN~

MUKTAMAR PAS PUSAT KALI KE 57

(USUL DEWAN PEMUDA PAS)

-menyedari bahawa pilihanraya umum ke 13 yang akan datang bakal menjadi medan pertarungan paling sengit dalam sejarah politik Malaysia di antara Barisan nasional dan Pakatan Rakyat

-menyedari bahawa UMNO/BN sepertimana track record yang lalu, akan sanggup menggunakan apa jua cara ‘by hook or by crook’, untuk mengekalkan kuasa di tangan mereka terutama selepas mereka dilanggar tsunami politik pada pilihanraya umum ke 12 tahun 2008

-menyedari bahawa sejak dua tahun kebelakangan ini, sedang berlangsung satu projek sulit mengeluarkan KAD-KAD pengenalan terutamanya kepada warga asing dengan tujuan untuk didaftarkan sebagai pengundi,

-menyedari ianya bukan satu rahsia lagi bahawa komplot dan perancangan yang sama pernah dilaksanakan di Sabah melalui ‘Projek I.C’ pada tahun 1980 an dan 1990 an bagi menumbangkan Kerajaan Sabah yang diterajui oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) pada ketika itu di mana ratusan ribu pendatang tanpa izin penduduk tetap diberikan hak kerakyatan dan kad pengenalan dan seterusnya didaftarkan sebagai pengundi.

-menyedari bahawa komplot dan perancangan sulit ini tidak lain tidak bukan adalah hasil unholly alliance antara UMNO/BN dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang merelakan diri mereka untuk dijadikan pekakas dan pada yang sama Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) membiarkan perkara ini berleluasa.

-menyedari bahawa sudah lebih puluhan ribu warga asing diberikan kad pengenalan dan kebanyakannya telah didaftarkan sebagai pengundi di negeri-negeri yang dikuasai ileh Pakatan Rakyat seperti Selangor, Kelantan dan Kedah.

-menyedari bahawa kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat  (PR) seolah0-olah tidak mengambil perhatian serius untuk menangani perkara ini .

-menginsafi bahawa jika perkara ini dibiarkan berleluasa tanpasebarang tindakan tegas diambil, ianya bakal menyebabkan PAS dan Pakatan Rakyat tewas teruk termasuk terlepas negeri-negeri yang dikuasai dalam pilihanraya akan datang.

-menginsafi bahawa keselamatan dan kedaulatan negara Malaysia yang kita cintai ini akan juga terancam jika pemberian kad pengenalan kepada warga asing secara besar-besaran untuk tujuan politik ini tidak dihentikan.

MAKA : MUKTAMAR PAS KE 57

mengambil ketepatan bahawa:

-Mendesak supaya satu Suruhanjaya Diraja Siasatan bagi menyiasat perkara ini ditubuhkan menurut Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 dengan perkenan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong di mana ahli-ahli suruhanjaya tersebut dilantik dari kalangan mereka yang berwibawa, bebas dan berkecuali.

-menuntut supaya Kementerian Dalam Negeri dan juga Jabatan Pendaftaran Negara khususnya mendedahkan secara terperinci statistik berapakah jumlah taraf kewarganegaraan dan kad pengenalan yang telah dikeluarkan kepada warga asing dan penduduk tetap terutamanya sejak sepuluh tahun kebelakangan ini mengikut negeri .

-mendesak supaya jentera PAS dan Pakatan Rakyat di negeri-negeri dan kawasan-kawasan memantau secara rapi pergerakan komplot mengeluarkan kad pengenalan dan membuat tangkapan awam terhadap mereka jika didapati berlaku.

-sekiranya keadaan mendesak, PAS dan Pakatan Rakyat perlu mengambil satu tindakan undang-undang diambil terhadap JPN dan/atau SPR dan pada masa yang sama memohon satu perintah injuksi sementara diambil bagi menggantung segala proses pengeluaran kad pengenalan kepada warga asing.

-memasukkan isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing ini sebagai salah satu tuntutan di dalam agenda Bersih 2.0 yang akan mengadakan perhimpuna BERSIH 2 pada 9hb JULAI 2011

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: