~usul PEMALSUAN KAD PENGENALAN~

MUKTAMAR PAS PUSAT KALI KE 57

(USUL DEWAN PEMUDA PAS)

-menyedari bahawa pilihanraya umum ke 13 yang akan datang bakal menjadi medan pertarungan paling sengit dalam sejarah politik Malaysia di antara Barisan nasional dan Pakatan Rakyat

-menyedari bahawa UMNO/BN sepertimana track record yang lalu, akan sanggup menggunakan apa jua cara ‘by hook or by crook’, untuk mengekalkan kuasa di tangan mereka terutama selepas mereka dilanggar tsunami politik pada pilihanraya umum ke 12 tahun 2008

-menyedari bahawa sejak dua tahun kebelakangan ini, sedang berlangsung satu projek sulit mengeluarkan KAD-KAD pengenalan terutamanya kepada warga asing dengan tujuan untuk didaftarkan sebagai pengundi,

-menyedari ianya bukan satu rahsia lagi bahawa komplot dan perancangan yang sama pernah dilaksanakan di Sabah melalui ‘Projek I.C’ pada tahun 1980 an dan 1990 an bagi menumbangkan Kerajaan Sabah yang diterajui oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) pada ketika itu di mana ratusan ribu pendatang tanpa izin penduduk tetap diberikan hak kerakyatan dan kad pengenalan dan seterusnya didaftarkan sebagai pengundi.

-menyedari bahawa komplot dan perancangan sulit ini tidak lain tidak bukan adalah hasil unholly alliance antara UMNO/BN dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang merelakan diri mereka untuk dijadikan pekakas dan pada yang sama Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) membiarkan perkara ini berleluasa.

-menyedari bahawa sudah lebih puluhan ribu warga asing diberikan kad pengenalan dan kebanyakannya telah didaftarkan sebagai pengundi di negeri-negeri yang dikuasai ileh Pakatan Rakyat seperti Selangor, Kelantan dan Kedah.

-menyedari bahawa kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat  (PR) seolah0-olah tidak mengambil perhatian serius untuk menangani perkara ini .

-menginsafi bahawa jika perkara ini dibiarkan berleluasa tanpasebarang tindakan tegas diambil, ianya bakal menyebabkan PAS dan Pakatan Rakyat tewas teruk termasuk terlepas negeri-negeri yang dikuasai dalam pilihanraya akan datang.

-menginsafi bahawa keselamatan dan kedaulatan negara Malaysia yang kita cintai ini akan juga terancam jika pemberian kad pengenalan kepada warga asing secara besar-besaran untuk tujuan politik ini tidak dihentikan.

MAKA : MUKTAMAR PAS KE 57

mengambil ketepatan bahawa:

-Mendesak supaya satu Suruhanjaya Diraja Siasatan bagi menyiasat perkara ini ditubuhkan menurut Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 dengan perkenan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong di mana ahli-ahli suruhanjaya tersebut dilantik dari kalangan mereka yang berwibawa, bebas dan berkecuali.

-menuntut supaya Kementerian Dalam Negeri dan juga Jabatan Pendaftaran Negara khususnya mendedahkan secara terperinci statistik berapakah jumlah taraf kewarganegaraan dan kad pengenalan yang telah dikeluarkan kepada warga asing dan penduduk tetap terutamanya sejak sepuluh tahun kebelakangan ini mengikut negeri .

-mendesak supaya jentera PAS dan Pakatan Rakyat di negeri-negeri dan kawasan-kawasan memantau secara rapi pergerakan komplot mengeluarkan kad pengenalan dan membuat tangkapan awam terhadap mereka jika didapati berlaku.

-sekiranya keadaan mendesak, PAS dan Pakatan Rakyat perlu mengambil satu tindakan undang-undang diambil terhadap JPN dan/atau SPR dan pada masa yang sama memohon satu perintah injuksi sementara diambil bagi menggantung segala proses pengeluaran kad pengenalan kepada warga asing.

-memasukkan isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing ini sebagai salah satu tuntutan di dalam agenda Bersih 2.0 yang akan mengadakan perhimpuna BERSIH 2 pada 9hb JULAI 2011

 

~usul MENGUTUK FITNAH menggunakan VIDEO ~

MUKTAMAR PARTI ISLAM SE-MALAYSIA PAS KALI KE 57

(USUL DEWAN ULAMA PAS)

-menyedari bahawa fitnah adalah salah satu daripada dosa besar yang dikutuk oleh Allah SWT kerana ia melibatkan maruah dan jati diri seseorang.

-menyedari bahawa tindakan ini adalah tindakan yang tidak bermoral setelah tidak mampu berhadapan dengan hujah fakta dan data.

-menginsafi bahawa tindakan menggunakan video dan media baru sebagai saluran untuk menyebarkan fitnah untuk kepentingan politik adalah lambang keruntuhan tamaddun sebuah negara dan bangsa.

MAKA : MUKTAMAR PAS KALI KE 57

-mengutuk tindakan kerajaan BN yang membenarkan video lucah di dalam televisyen dan media cetak seolah-olah penayangan ini dilesenkan oleh kerajaan

-mengutuk sikap membisu di kalangan ulama rasmi kerajaan yang tidak tegas mengutuk tindakan yang tidak berakhlak, seolah2olah penayangan video ini mendapat restu daripada mereka,.

~usul BERSIH 2.0~

MUKTAMAR PARTI ISLAM SE-MALAYSIA PAS KALI KE 57

(USUL PAS PUSAT)

1. HIMPUNAN BERSIH 2

– mnyedari ruang demokrasi semakin sempit terhimpit oleh kerajaan bn , walaupun negara hampir mencapai kemerdekaan negara 54 tahun,

-menyedari BN takut bertarung secara anak jantan di gelanggang yang sama rata dengan memperalatkan SPR

-menyedari tuntutan BERSIH 1 belum dilaksanakan :

1.akses kepada media awam yang adil

2.melaksanakan penggunaan dakwat kekal

3.memansuhkan sistem undi pos

4.didaftarkan secara automatik pabila berumur 21 tahun

GESAAN KEPADA RAKYAT

a)semua rakyat menyertai BERSIH 2 pada 9 JULAI 2011 di Kuala Lumpur

b)menggerak semua organ parti dan semua lapisan pimpinan parti PAS, PR dan NGO untuk menjayakan himpunan tersebut…

BERSIH BERSIH…..

BERSIH MALAYSIA…..!!!

my first entriiiii…….

actually…..

i want to start my blog at da first of Ramadhan…..

but instead, i just forgot as im buzzy decorating dis first day of da holy month….

may Allah bless us all…..insyaAllah …..